Sabtu, 24 Mac 2012

Meringkaskan Karangan

Cara mudah meringkaskan karangan
i) Membaca teks dengan teliti dan fahamkan.
ii) Dapatkan 10 isi penting dengan menggariskan isi penting yang utama, isi utama hendaklah ringkas dan padat.
iii) Abaikan isi-isi huraian dan contoh, gunakan gaya bahasa yang sendiri tanpa mengubah maksud asal teks.
iv) Gunakan penanda wacana bagi menjalinkan isi-isi utama seperti walau bagaimanapun, Oleh yang demikian dan lain-lain.
v) Tulislah ringkasan dalam satu perenggan sahaja.
vi) Jumlahkan perkataan dan jangan melebihi 105 patah perkataan.