Isnin, 17 Mei 2010

Seloka

Seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama atau tidak. Secara amnya,, ia terdiri daripada ungkapan sejajar yang melebihi daripada dua baris, mempunyai kadensa (naik-turunnya nada, kelantangan atau tekanan pada akhir kalimat atau di depan jeda dalam pola intonasi) yang sama seperti talibun (sejenis puisi lama seperti pantun karena mempunyai sampiran dan isi, tetapi lebih dari 4 baris ( mulai dari 6 baris hingga 20 baris. Berirama abc-abc, abcd-abcd, abcde-abcde, dan seterusnya) dan prosa berirama.

Satu ciri penting bagi seloka adalah ia mempunyai maksud mengejek, menyindir secara serius atau jenaka, mengkritik tingkah-laku dan sifat negatif.

Antara contoh seloka yang terdapat dalam kesusteraan Melayu lama adalah :-

* Seloka Emak Si Rendang
* Seloka Pak Kaduk
* Seloka Pak Pandir

Topik Seloka : Pandai Pak Pandir

Anak dipijak dagang dijinjing,
Kucing dibunuh tikus dibela,
Harta habis badan tergadai,
Mendengar gelagak dagang,
Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh di langit,
Air di tempayan dicurahkan,
Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung,
Pak Pandir juga yang menanggung,
Apa didengar gelagak dagang,
Gelagak rambutan jantan,
Orang berbunga dia berbunga,
Orang berbuah dia haram,
Kilat memancar hujan tak jadi,
Awak juga berkecundangan.


MAKSUD

Pak Pandir berkelakuan aneh kerana mengetepikan anak sendiri , sebaliknya menyanjung orang luar.

Pak Pandir membuat kerja yang sia - sia dan merugikan .

Pak Pandir mengikut perangai orang luar tanpa menyedari keadaan dirinya yang miskin Sebagai akibatnya, Pak Pandir kehabisan harta kecuali dirinya sendiri.

Pak Pandir terlalu cepat mengharapkan sesuatu keuntungan yang belum pasti sehingga apa-apa yang ada disia-siakannya

Pak Pandir leka dengan kata-kata manis orang dagang yang sebenarnya berniat jahat. Kata-kata manis itu sungguh bersopan tetapi amat tajam maknanya hingga orang boleh terpedaya

Kata-kata manis orang luar tidak mendatangkan apa-apa hasil, sebaliknya Pak Pandir sendirilah yang rugi atau meneima akibatnya .

ISI DAN PERSOALAN

1. Kebodohan merugikan diri sendiri .
2. Sikap suka meniru orang lain tanpa menyedari kemampuan diri.
3. Sikap tamak membawa rugi.
4. Sikap mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri.
5. Sikap tidak mahu berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu perkara

BENTUK DAN CIRI-CIRI SELOKA

1. Tujuh belas baris .
2. Tiga hingga empat perkataan dalam sebaris .
3. Tujuh hingga sepuluh suku kata sebaris .
4. Bentuknya bebas .

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Pemilihan kata (diksi) yang indah. Contohnya: gelagak dagang, dipijak, dijinjing.
2. Anafora. Contohnya : Orang berbunga dia berbunga. Orang berbuah dia haram
3. Sinkof. Contohnya : tak sedar bertelanjang.
4. Peribahasa .Contohnya : mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
5. Paradoks. Contohnya: kucing diburu tikus dibela
6. Repitasi. Contohnya. orang berbunga dia berbunga
7. Asonasi. Contohnya: kucing dibunuh tikus dibela (pergulangan vokal u)
8. Aliterasi. Contohnya : mendengar gelagak dagang (pergulagan konsonan g)

NILAI

1. Rasional. Contohnya ,berfikiran rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan.
2. Berhati-hati. Contohnya, berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah sentiasa melakukan kerja-kerja yang berfaedah.
2. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada mengharapkan sesuatu yang belum pasti
3. Kita hendaklah berhati-hati ketika melakukan sesuatu pekerjaan kerana kesilapan akan merugikan diri sendiri.
4. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada mudah terpengaruh oleh kata-kata yang manis kerana di sebalik kata-kata yang manis itu,lazimnya tersembunyi niat yang jahat.
5. Kita hendaklah teliti dalam menghadapi kerenah manusia kerana sesetengah manusia hanya berpura-pura baik di hadapan kita tetapi sebaliknya dia berniat serong atau jahat

TEMA: Sindiran terhadap sikap sesetengah manusia yang mudah mempercayai orang lain.



Sumber: http://notaspm.blogspot.com/search/label/Bahasa%20Melayu

Selamat Hari Guru

AKU GURU DAN GURUKU

Aku pernah sempat berasa kesal, hairan dan tertegun
beza aturan dan gaya hanya soal waktu
akan suatu hakikat taklah begitu rumit
berbaur antara kenyataan dan impian
maka aku perlu perjuangkan pada suatu perubahan
demi anak bangsa yang kusayangi..

Dulu aku juga sekolah serba ada sahaja
diajar dan belajar mengenal diri dan kemampuan
dari kepompong usang di hujung kota
guru-guruku Melayu, Cina, India dan Bumiputera
yang bersemangat dan bertekad

Waktu itu dan kini tidak berliku
aku masih tertulus mana kepompongku
penghargaanku tidak semulia pengorbanan mereka
bila celik daripada kegelapan
disambut dengan kucupan manis memori, maka ...
aku jadi segan akan tingkahku
menikus bila amarah
kecewa tatkala tidak diendahkan
jatuh hati, sayang dan hormat jadi kebanggaan

Anak-anakku, kaburkan egomu
hargai dan jangan lupakan mereka kerana
keberkatan dirimu bila kau menghargai gurumu

aku sayang guruku
ya... kerana aku sayang guruku

Khamis, 13 Mei 2010

SM Sultan Sharif Ali




Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali (SMSSA) terletak di Simpang 616 Jalan Muara, Kampung Salambigar. Sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kampong Salambigar. Penamaan rasmi sekolah ini telah disempurnakan oleh mantan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Paduka Haji Awang Umar pada 25 September 1993 Masehi bersamaan dengan 9 Rabiulakhir 1414 Hijrah. Sekolah ini mempunyai 6 blok bangunan dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk pengajaran dan pembelajaran.

Sekolah ini mula berfungsi pada 2 Jun 1990 Pada masa itu, keramaian penuntutnya hanya seramai 604 orang yang terdiri daripada 416 orang penuntut dari Sekolah Menengah dan 188 orang pula adalah penuntut Menengah 1. Kebanyakan para penuntut itu dari STPRI, SM SMJA, SM Berakas dan SM PIHM Serasa. Pengetua pertama ialah Allahyarham Awang Haji Mohd Aliddin bin Abd Ghani dan dibantu oleh 28 orang tenaga pengajar.

Pada masa ini, dengan menerima kemasukan para penuntut dari Sekolah tadahan seperti SR Haji Mohd Salleh, SR Tanah Jambu dan SR OKBI dan kawasan tadahan termasuk beberapa buah kampong dari Kampung Subok, Kampung Salambigar hingga Kampung Salar, keramaian penuntut semakin bertambah. Keramaian tenaga pengajar ialah 96 orang dan 17 orang kakitangan bukan mengajar.

Dari aspek pencapaian akademik, sekolah ini merupakan antara 10 sekolah terbaik dalam pencapaian PMB 2006. Selain itu, sekolah ini turut menyertai pelbagai peraduan atau pertandingan di peringkat kebangsaan yang sangat membanggakan.

Kejayaan Melalui Swa-disiplin yang merupakan motto sekolah telah memacu semangat dan keupayaan diri para penuntut untuk berjaya dalam pembelajaran mereka dan diperteguhkan lagi dengan visi sekolah Beriman, Bertanggungjawab, Berakhlak Mulia, Berdisiplin dan Berpengetahuan akhirnya tercipta jati diri dalam merealisasikan impian dan harapan demi agama, bangsa dan negara.

5 Sains 2 (2009)

Pantun Seloka : 5 Sains 2 (2009)

Kisah kenangan untuk 5Sains 2
Pelajar-pelajarnya senang dididik
Kelas terletak di tingkat dua
Bersahabat bagai adik beradik

Emak di dapur menggoreng mi
Dihidang bersama buah rambai
Cikgu Pei Fung guru kelas kami
Orangnya cantik dan tinggi lampai

Sumbangan kami cerita ini
Kenangan nanti bila dewasa
Kelas bahasa diajar Cikgu Rosnani
Kami berharap dapat berjasa

Buah rambutan tanaman nyonya
Mari dimakan waktu petang
Cikgu Rosnani baik orangnya
Sikapnya tegas suaranya lantang

Tentera Iraq menyumban mortar
Tentera Amerika berlari dari sana
Noroun Nadziefah penolong monitar
Suka menyendiri tetapi bijaksana

Emak mencari di mana-mana
Pisang dicuri monyet Pak Dana
Mudah memujuk memang sifatnya
Penolong pengawas tugas Syazana

Ibuku baik hati nurani
Jasanya akan selalu kukenang
Hitam manis rupa Liyani
Cergas bersukan, handal berenang

Keadaan Mak Som gundah-gulana
Walau emas berkati-kati
Zawani Zufery penyeri suasana
Meminati Fabregas sepenuh hati

Kucing angora lembut berbulu
Tak macam si kucing Siam
Saidatul seorang yang pemalu
Matanya sayu dan pendiam

Semut berjalan tidak berbunyi
Terpijak kaki terus mati
Dk Qistina pandai menyanyi
Bersuara merdu penyejuk hati

Rajin belajar adalah sifatnya
Segala usahanya tidaklah sia-sia
Orangnya manis Aflina namanya
Satu-satunya penuntut dari Indonesia

Kakak sedang menjemur tilam
Bantal dan guling tidak dibawa
Kelly gadis cina yang pendiam
Hanya tersenyum jarang ketawa

Pergi ke sekolah membawa bekal
Bekal dibawa digantung di pagar
Sekecil Adhwa orangnya nakal
Bersungguh-sungguh bila belajar

Adik dimarah kerana berkasar
kakak memujuk dengan sate
Mohd Syukri berbadan besar
senyuman manis pandai berkarate

Pergi ke bandar bersama Cik Nah
Ingin membeli kelapa tua
Muhd Rafie banyak karenah
paling muda antara semua

Awang Rafi bermain bedil
pada malam raya bersama Amir
Sungguh Eddie berbadan kecil
Bijak pandai dalam berfikir

Amir Hamzah bertanya khabar
Bila bertanya macam diktaktif
Azizian orangnya bersifat sabar
Masa menjawab soalan matematik

Adhwa mencari kotak perkakas
nampak tikus terus disepak
Amirol Afifi memang cergas
Sungguh aktif bola sepak


Pergi ke kedai membeli gula
Hendak membayar duit tertinggal
Safwan suka bermain bola
Sholat lima waktu tak pernah tinggal

Ikan terpancing bernama siakap
semasa memancing jangan berangan
Mohd Syahid jarang bercakap
Tapi pandai buat karangan

Memancing ikan di tepi sungai
Duduk dipinggir membawa rasa
Mohd Yazid disukai ramai
Itulah kerana dia berjasa


Isteri cemburu pandai berkata
Suaminya diam tidak peduli
Alex seorang berkacamata
Badannya kurus macam lidi

Janganlah kita bersifat dengki
Pesan nenekku yang sudah lali
Hisyam anak tunggal lelaki
kek buatan emaknya enak sekali

Anak itik Hisyam berjalan di titi
Tak pandai toleh kanan dan kiri
Raihan ketua kelas yang baikhati
Sentiasa segak dan percaya diri

Uncle David membawa lori
Lori diletak bukan di tepi
Inilah kisah kami jadi memori
Menghibur hati di kala sepi


Nukilan:
Pelajar-pelajar 5 Sains 2

Labels: Pelajar-pelajar 5S2 (2009)

menanai motto & visi sekolah

Senikata Lagu Sekolah : SMSSA

Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali
Namamu warisan bangsa
Kejayaan Melalui Swa-disiplin
Menjadi motto setiap warga

Kami akan terus berusaha
Dengan penuh semangat waja
Teguh menempuh ranjau dunia
Menabur bakti kepada negara

Chorus:
Kami melangkah penuh gagah
Untuk mencapai visi sekolah
Melahirkan insan Beriman,
Bertanggungjawab kepada diri sendiri
Berakhlak mulia cerminan diri
Berdisiplin menjadi asas peribadi
Dan Berpengetahuan tinggi

Motto dan visi sekolah
Menjadi pemacu semangat kejayaan
Di dadaku sekolah tercinta
Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali
Berusaha, bersaing dan siapsiaga
Menempuh cita-cita demi negara tercinta.


Lirik: Cikgu Rosnani Hj Mohd Bakir
Oktober 2009

perginya seorang sahabat

Allahyarhamah Cikgu Norjanah Binti Hj Matussin

Pada pagi 22 Oktober 2006 bersamaan 29 Ramadhan 1427, saya dikejutkan dengan berita bahawa Cikgu Jaliha @Norjanah Binti Hj Matussin telah kembali ke Rahmatullah setelah menghidap sakit kanser ovari. Beliau telah meninggal dunia pada 12.32 tengah hari. Pemergian beliau menyebabkan kita kehilangan besar seorang rakan, pembimbing, pentadbir dan guru yang disayangi.

Beliau lahir pada 29 Mei 1960 di Kampong Sungai Hanching. Beliau merupakan anak yang ke-4 daripada 6 orang adik beradik yang terdiri daripada semua anak perempuan. Beliau memulakan pendidikan awal ketika berumur 6 tahun di Sekolah Rendah Hj Mohd Salleh, Kampong Sungai Hanching, kemudian menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Berakas. Setelah menyelesaikan peperiksaan O level, beliau menyambung pelajaran di Menengah 6 Bawah di Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien dan Menengah 6 Atas di Maktab Duli. Beliau kemudian meneruskan pengajian Sarjana Muda Humanities di Middlesex University, United Kingdom. Selepas kembali ke tanah air, beliau ditempatkan beberapa bulan di SMJA dan mengajar matapelajaran Geografi dan History. Beliau kemudiannya membuat PGCE di Counterberry College, New Zealand selama setahun.

Beliau ditempatkan di SM PAP Masna tetapi hanya sekejap sahaja, Selepas itu, beliau telah ditempatkan di Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali yang baru sahaja dibuka pada tahun 1990. Beliau merupakan salah seorang guru yang pertama dan lama bertugas di Sekolah Menengah Sultan Sharif sejak pembukaan sekolah ini bersama rakan-rakan setugas antaranya Cikgu Pg Hj Samsudin Bin Pg Salim, Cikgu Teo Siew Bay, Cikgu Hjh Ainah Binti Hj Ibrahim, Mrs Lai Mui Hoi dan Cikgu Hjh Zaharah bti Jais. Beliau mengajar Geografi manakala kawan baik beliau Cikgu Hjh Ainah mengajar History.

Beliau pernah dilantik menjadi Ketua Jabatan Geografi, Setiausaha Peperiksaan dan Guru Kanan Akademik. Pada 13 Disember 2004, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Pengetua Akademik. Beliau mempunyai banyak pengalaman terutama dalam bidang tugas yang diamanahkan kepada beliau.

Menurut adik beliau, Mardiyah (adik beliau yang paling rapat dan muda setahun daripada beliau) banyak kenangan manis yang sukar dilupakan seperti berpadi menghalau pipit semasa kecil dengan membuat kulinting, semasa remaja pula berjalan kaki menungggu bas di hadapan masjid Kg Sungai Hanching seawal 6.30 pagi dan beliau sangat gemar membaca dengan suara yang nyaring. Dengan berbuat demikian, beliau boleh memahami apa yang dibaca.

Tambahan Mardiyah lagi, beliau seorang yang mempunyai kesungguhan, bersemangat tinggi dan dedikasi dalam melakukan apa sahaja, Jika Mardiyah seorang yang mempunyai banyak idea manakala beliau pula yang merupakan orang yang melaksanakan idea-idea itu menjadi kenyataan. Beliau seorang yang “happy go lucky” dan mudah memberikan kerjasama. Beliau sangat suka membuat perkumpulan dan pertemuan keluarga dengan menyediakan masakan untuk pertemuan keluarga pada hujung minggu atau pada cuti kelepasan awam.

Hobi beliau pada masa lapang adalah menjahit, membuat cross stitch, mengumpul setem, menanam orkid, mengambil gambar, memasak dan melancong bersama kawan-kawan. Pada masa beliau bercuti sakit, beliau berkesempatan membuat cross stitch namun hasil kerja beliau masih ada lagi yang belum habis disiapkan oleh beliau.

Beliau sering mengadu sakit tetapi tidak mengagak bahawa penyakit kanser sudah berkembang dalam tubuh beliau, sehinggalah pada majlis perkahwinan anak lelaki kakak beliau, beliau terasa sakit yang teramat sakit. Dalam hati Mardiyah dia dapat merasakan bahawa sakit beliau dihadapi adalah sejenis penyakit berbahaya. Semasa ujian C.T. Scan dijalankan keputusan telah diperolehi dan tidak dapat dinafikan lagi bahawa beliau sedang menghidap penyakit kanser. Semasa beliau menerima keputusan dari ujian tersebut, dia seakan-akan mengetahui bahawa dia menghidapi kanser. Semasa doktor memaklumkan akan penyakitnya, beliau tidak memberikan sebarang reaksi sehingga adik-beradik beliau tidak dapat mengagak sama ada dia menerima atau sebaliknya. Namun Mardiyah berasa yakin bahawa beliau redha dengan ujian yang diberikan kepadanya. Adik-beradik pula sentiasa memberikan sokongan, bantuan dan nasihat supaya tabah dan sabar menghadapinya.

Pada hari terakhir di rumah sakit, Mardiyah telah menjaga beliau dan beliau mengatakan bahawa keadaan diri semakin membaik kepada doktor yang memeriksanya. Pada waktu Asar pula dengan kuasaNya, penyakit kanser mula mengganas lagi. Beliau dalam keadaan nazak. Saya ditemani anak lelaki saya berkesempatan melawat beliau pada malamnya, terasa luruh hati dan sedih melihat keadaan beliau. Ahli-ahli keluarga begitu tenang dan sering memaklumkan bahawa beliau memohon maaf kepada semua rakan yang mengenali beliau.

Pada keesokan harinya 29 Ramadhan 1427, tepat 12.31 tengah hari, sehari sebelum kita menyambut adilfitri, beliau telah kembali kepadaNya.

“Hanya sekalung doa dapat dikirimkan semoga roh beliau dicucuri Rahmat dan ditempatkan dalam golongan yang dikasihi Allah, Amin” Al-Fatihah.



Bingkasan terakhir untuk sahabatku...

Allayarhamah seorang yang lembut, mudah diajak berbincang, penyabar, mudah ketawa dan tegas dalam apa jua perkara. Saya mengenali beliau ketika mula menapak kaki ke sekolah ini pada 2 Ogos 2000. Beliau juga seorang sahabat dan mentor yang baik dalam mengajar penyusunan jadual waktu sekolah. Suatu sifat yang dapat dicontohi adalah semangat kerja. Beliau yang bersungguh-sungguh dalam menjalani tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau. Kerisauan tentang tugasan yang tertangguh kerana sakit beliau sangat ketara malah masih mahu datang ke sekolah sungguhpun dalam keadaan tidak mengizinkan. Saya berasa kagum dengan semangat beliau. Saya juga berasa bertuah kerana sempat mengenali hati budinya yang luhur dan ikhlas dalam persahabatan. Semoga Allah menempatkan beliau bersama-sama orang yang beriman. Amin.
Al-Fatihah.

Skrip Drama : Terjebak

1. SINOPSIS

Kisah bermula tentang seorang pemuda yang terkenang kembali detik-detik yang berlalu mengenai tragedi hidupnya. Pemuda itu bernama Syukur terpaksa menerima hukuman gantung sampai mati kerana membawa dadah tanpa disangkanya sendiri. Syukur berasa bertanggungjawab untuk membela nasib ayahnya Pak Sapar yang dijatuhi hukuman tiga tahun penjara akibat tuduhan mengugut seorang taukeh Cina bernama Ah Wong. Pak Sapar ialah seorang nelayan yang hidup dengan penuh keperitan dan kemiskinan. Kehidupan mereka yang ala kadar itu bertambah payah apabila tiba musim tengkujuh menyebabkan dia tidak dapat turun ke laut menangkap ikan. Pak Sapar juga berusaha untuk meminta bantuan daripada saudara maranya tetapi kehidupan mereka pun sama sepertinya jua. Akhirnya, Pak Sapar meminta bantuan daripada Ah Wong. Ah Wong pula seorang sering menabur janji tanpa berniat pun untuk menolong Pak Sapar. Suatu hari, Pak Sapar meminta bantuan kewangan daripada Ah Wong tetapi permintaanya telah ditolak oleh Ah Wong. Dengan rasa kesal seakan-akan dipermainkan, Pak Sapar marah sehingga berkata tanpa niat hendak membakar kedai Ah Wong dan membunuhnya. Kemudian dia pun balik ke rumah. Setibanya dia di rumah, dia berasa sangat menyesal lalu memberitahukan hal itu kepada isterinya. Isterinya memahami perasaan suaminya menyuruh supaya dia meminta maaf. Pada keesokan harinya, dia memohon maaf kepada Ah Wong dan Ah Wong pula telah memberikan wang sejumlah $300/- kepada Pak Sapar. Tanpa menyedari muslihat Ah Wong, Pak Sapar terkejut kerana dia ditahan oleh polis dan dipenjara kerana tuduhan mengugut. Anak sulungnya, Syukur berasa sangat sedih akan keadaan nasib bapanya yang dianiaya, maka dia berusaha untuk melepaskan bapanya dari penjara. Untuk itu, Syukur cuba mendapatkan kerja agar dapat mengupah seorang peguam bagi melepaskan tuduhan ke atas bapanya. Akhirnya tanpa ragu-ragu Syukur telah menerima bantuan rakannya Munif untuk menghantar sebungkus hadiah kepada kekasihnya di Kuala Belait. Malang bagi Syukur, dia tidak tahu akan kandungan bungkusan itu dan dia tertangkap. Rupa-rupanya bungkusan itu berupa dadah yang mengheratnya ke tali gantung. Syukur berasa kesal kerana dia tidak dapat membantu bapa, emak dan adik-adiknya. Dia berdoa semoga Allah melindungi keluarganya dan dia redha dengan kehendakNya.



2. KONFLIK
• Keperitan dan kemiskinan hidup menyebabkan kehidupan seseorang itu tertekan.
• Ah Wong yang tidak bertimbang rasa dan kedekut membawa bencana hidup orang lain.
• Syukur berasa bertanggungjawab kepada keluarga sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu keluarganya.

3. MESEJ
• Manusia hendaklah bersikap sabar dalam menerima dugaan dan cabaran hidup.
• Sikap tidak bertimbang rasa dan kedekut adalah sikap yang tidak baik
• Berhati-hati dan tanamkan sifat curiga apabila diminta melakukan sesuatu pekerjaan yang ringan tetapi memperoleh pendapatan yang lumayan.
• Berfikir sebelum bertindak bagi mengelakkan penyesalan di kemudian hari.
• Dadah boleh membawa maut bukan sahaja penagih tetapi juga kepada setiap individu sama ada menanam, membawa, dan mengedar.
• Kita tidak boleh menghukum seseorang itu jahat kerana adakala seseorang itu bertindak mengikut keadaan.

4. WATAK & PERWATAKAN

i) Pak Sapar
Seorang lelaki yang berusia lewat 40, bekerja sebagai nelayan di sebuah kampung. Dia sudah beristeri mempunyai tujuh orang anak yang berusia di antara 14 hingga 23 tahun. Dia seorang yang miskin tetapi bertanggungjawab terhadap keluarganya dan berusaha untuk menyara keluarga. Dia bersifat kurang sabar apabila terlalu menghadapi tekanan dan desakan hidup. Walaubagaimana pun, Pak Sapar juga seorang yang mudah menyesali akan perbuatannya yang salah.

ii) Zakiah
Zakiah ialah isteri kepada Pak Sapar yang berusia pertengahan 40. Seorang isteri yang setia, lemah lembut dan penyayang. Dia mengharapkan agar Pak Sapar dapat mengawal perasaan marahnya itu. Zakiah begitu terkejut setelah mendapat berita akan penangkapan suaminya. Dia sangat yakin bahawa suaminya tidak bersalah untuk mengugut Ah Wong.

ii) Syukur
Anak sulung bagi Pak Sapar dan Zakiah. Syukur baru berusia 23 tahun. Dia tidak bekerja hanya membantu bapanya ke laut menangkap ikan. Seorang yang bertanggungjawab kepada keluarganya tetapi naif. Dia berasa sedih apabila mendapati bapanya bersalah atas tuduhan mengugut. Dia sanggup menerima tugasan yang diberikan oleh rakannya untuk menghantar suatu bungkusan kepada kawannya yang berada di Kuala Belait setelah dijanjikan akan dibayar dengan upah yang lumayan. Malangnya Syukur telah dianiaya oleh kawannya sendiri demi kepentingannya.

iii) Ah Wong
Taukeh Cina yang kaya seusia Pak Sapar. Dia seorang yang kurang mahir berbahasa Melayu. Dia sudah lama bermastautin dan membuka kedai di kampung Pak Sapar. Seorang yang tidak bertimbang rasa, sombong, mementingkan diri dan kedekut. Dia sanggup menganiaya Pak Sapar demi kepentingan dirinya. Dia telah merancang untuk mengenakan tuduhan palsu kepada Pak Sapar.

iv) Munif
Seorang pemuda yang seusia Syukur dan seorang pengedar dadah. Dia merupakan kawan Syukur dan mengajak Syukur untuk mencari kerja di bandar. Syukur percaya kepadanya tetapi Munif mengambil kesempatan untuk mempergunakan Syukur dalam menangani masalah Syukur demi kepentingannya sendiri. Munif telah menyuruh Syukur untuk menghantar suatu bungkusan ke Kuala Belait dan dia akan diupah dengan bayaran lumayan.

5. LATAR
Tempat - segmen 1 dan 6 berlaku di dalam ruang penjara pada masa Syukur bermonolog dan berdoa
- segmen 2 dan 4 berlaku di dalam rumah Syukur.
- segmen 3 berlaku di kedai taukeh Ah Wong.
- segmen 5 berlaku di pusat membeli-belah.

6. TEKNIK
Teknik yang digunakan tidak bersifat kronologi. Antara unsur-unsur yang digunakan adalah bermonolog, imbas kembali dan imbas muka.

1. MUZIK : MUZIK PENGENALAN .... UP .... UNDER...

2. J/HEBAH : Para pendengar sekalian dari Unit Pendidikan Khas dengan kerjasama Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, kami mempersembahkan sebuah drama bertajuk: TERJEBAK hasil karya ROSNANI HJ MOHD BAKIR dari Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam. Selamat mengikuti.

3. KESAN BUNYI : ( BERMONOLOG)

4. ARAHAN : SYUKUR BERADA DI DALAM PENJARA MENGINGATI KELUARGANYA DAN PERBUATAN KAWANNYA. DIA SEDANG BERMONOLOG.

5. SYUKUR : Sampai hati kau, Munif, kenapa kau menganiayakan diriku ini. Oh tak kusangka begini kesudahan hidupku, kasihan emak dan adik-adikku (MENANGIS) Emak... emak ... maafkan saya, mak! Saya menyesal kerana menambah penderitaan mak lagi...

6. MUZIK : (MUZIK SELINGAN) ... ( IMBAS KEMBALI )

7. ARAHAN : IBUBAPA SYUKUR SEDANG BERBUAL-BUAL DI RUMAH

8. ZAKIAH : ( MEMANGGIL) bang... kenapa abang termenung ni...

9. PAK SAPAR : ( MENGELUH ) Oh....!!! tak adalah Kiah, eh... mana Syukur, tak nampak batang hidung anak tu.Yang lain-lain masih di sekolah ke?

10. ZAKIAH : Ya.... bang, Syukur, entahlah bang, tadi katanya ada kawannya mengajak dia ke bandar, sambil itu mencari kerja.

11. PAK SAPAR : Eloklah itu, nak temankan abang pun payah juga.Kiah, abang ni berfikir-fikir sudah dua minggu abang tak ke laut. Bila sahaja musim tengkujuh risau
abang dibuatnya.

12. ZAKIAH : (MEMUJUK) Sabar aje bang! Kiah bukan tak suruh abang ke laut, tapi... bang, Kiah risau dengan keselamatan abang. Cuaca pada masa ini tak menentu.

13. PAK SAPAR : Abang ingat hendak ke lautlah, subuh esok! Mudah – mudahan laut tak bergelora lagi.

14. ZAKIAH : (MELARANG ) Eh... bang, janganlah bang, Kiah tak kira, bang, abang janganlah pergi. Janganlah bang, Kiah takut macam kejadian dua minggu lepas.

15. PAK SAPAR : Ajal maut di tangan Tuhan Kiah. Bukan kita yang menentukan.

16. ZAKIAH : Itu Kiah tahulah bang... tapi kalau laut bergelora pun akkan hendak diredah jua. Kerana abang degil, sikit agi perahu abang terbalik. Janganlah pergi ya... bang... ya...

17. PAK SAPAR : Kiah... kiah ... abang risaulah, simpanan makanan kita semakin merosot, duit pun tinggal berapa ringgit sahaja, abang ada jua minta tolong daripada abang Leman dan kak Biah, tapi mereka pun susah macam kita jua.

18. ZAKIAH : Sabarlah bang ...

19. PAK SAPAR : Kiah, kalau macam itu, abang fikir esok abang mahu cuba lagi pinjam duit daripada si Ah Wong. Esok abang ke sana.

20. ZAKIAH : Suka hati abanglah.

21. MUZIK : MUZIK SELINGAN

22. ARAHAN : PADA KEESOKKAN HARINYA PAK SAPAR BERADA DI KEDAI RUNCIT AH WONG

23. PAK SAPAR : Selamat pagi taukeh Wong !

24. AH WONG : Oh.... Sapar, selamat pagi. Mahu beli apa Sapar?

25. PAK SAPAR : Tak ada apa-apalah taukeh, saya ada hajat!

26. AH WONG : Hajat apa itu, Sapar? Kau mahu pinjam wang ke?

27. PAK SAPAR : Yalah... Wong, tolonglah Wong, saya mahu pinjam wang!

28. AH WONG : A... ya! hari ini saya mana ada ‘cash’ lah Sapar. Esok kau datang lagilah. Pagi-pagi mana ada banyak orang datang lagi.

29. PAK SAPAR : Bolehlah Ah Wong.

30. AH WONG : Tiadalah, Sapar.

31. PAK SAPAR : (MERAYU) Tolonglah Ah Wong, jangan itu macam, hari minggu, kau kata tiada, kelmarin saya datang, kau kata pun itu macam juga. Kenapa kau tidak mahu tolong saya ke?

32. AH WONG : Bukan begitulah Sapar, saya betul-betul tidak ada wang.

33. PAK SAPAR : (MARAH DAN GERAM) .... mentang-mentang kau sudah kaya, mula macam hidung tinggi, tidak apalah, kau lihatlah nanti ... lihatlah kalau sudah saya senang, kau punya kedai saya bakar dan kau pun saya bunuh.

34. AH WONG : (MARAH DAN MENJERIT) A... ya, esok kau datanglah.

35. AH WONG : (BERMONOLOG) Ini orang betul-betul sudah gila.

(SAMBIL MENEKAN PERAKAM KASET)

36. MUZIK : MUZIK SELINGAN

37. ARAHAN : PAK SAPAR BERADA DI RUMAH BERSAMA ISTERINYA.

38. PAK SAPAR : (MEMANGGIL DAN MENJERIT) Kiah ... oh ... Kiah....

39. ZAKIAH : (TERKEJUT) Eh.... abang! kenapa ini bang! Astagafirullahalazim..

40. PAK SAPAR : (MENGELUH) .... Ah, entahlah Kiah, ambilkan abang air segelas.

41. ZAKIAH : (BUNYI AIR DITUANG DALAM GELAS) Nah bang! Airnya.

42. PAK SAPAR : (MINUM) Menyesal abang Kiah. Apa dah jadi dengan abang ini?

43. ZAKIAH : Kenapa bang? Abang bergaduh ke? Dengan siapa bang?

44. PAK SAPAR : (MENGELUH) Ya... Kiah, dengan si Ah Wong.

45. ZAKIAH : (MENGELUH) Ah...! Kenapa bang? tak elok kita bergaduh tinggal sekampung, eloklah abang minta maaf.

46. PAK SAPAR : Ya.. Kiah, abang benar-benar marah tadi. Abang menyesal dengan apa abang kata pada si Ah Wong tadi. Esok abang akan minta maaf daripadanya.

47. ZAKIAH : Eloklah tu bang.

48. MUZIK : MUZIK SELINGAN

49. ARAHAN : ZAKIAH SAMBIL MENANGIS MEMBERITAHU SYUKUR AKAN KEADAAN BAPA SYUKUR
YANG DITANGKAP SEMASA DIA INGIN MEMINTA MAAF KEPADA TAUKEH WONG.

50. ZAKIAH : (MENANGIS) Mak tak percaya semua ini berlaku kepada kita, nak. Bapamu akan dipenjara tiga tahun nak.

51. SYUKUR : Dahlah tu mak, sabarlah mak. Saya juga tidak percaya, takkanlah bapa akan melakukan perkara tersebut. Sabarlah mak.

52. ZAKIAH : Polis-polis itu tak semestinya menangkap bapamu nak, kan tujuan bapamu ke sana untuk meminta maaf sahaja.

53. SYUKUR ; Mak... mak... sabarlah mak. tapi kata polis bapa menerima wang 300 ratus ringgit daripada taukeh Ah Wong, kononnya bapa mengugut, mak.

54. ZAKIAH : Tidak nak, mak tak percaya, mak memang tak percaya.

55. SYUKUR : Ya... mak, saya juga tidak percaya. janganlah mak risau. Kes bapa dapat diulang bicara lagi tetapi kita kena mencari seorang peguam.

56. ZAKIAH : Di mana kita hendak mencari peguam nak, di mana? Hidup kita sendiri pun payah, inikan cari peguam.

57. SYUKUR : Mak, janganlah mak sedih, saya akan ikhtiarkan untuk membebaskan bapa.

58. MUZIK : SELINGAN MUZIK

59. ARAHAN : SYUKUR BERJUMPA DENGAN KAWANNYA MUNIF. MUNIF BERJANJI AKAN MEMBANTU SYUKUR MENGATASI MASALAH KELUARGANYA.

58. MUNIF : (MEMANGGIL ) ...Syukur.... Syukur.....oh Syukur.......

59. SYUKUR : (TERKEJUT) Ah... awak, sedari tadi saya menunggu engkau. Ke mana sahaja engkau Munif. Saya ada hal nak cakap dengan engkau.

60. MUNIF : Sorilah Man, saya ada hal tadi. Kenapa engkau cari saya. Pasal kerja ke? Saya dengar bapa engkau kena tangkap polis.

61. SYUKUR : Yalah, Munif, saya risaulah. Emak asyik menangis sahaja dan saya mahu bebaskan bapa saya, tapi mana saya mahu cari duit. Engkau pun tahu saya biasanya tolong bapa saya ke laut tapi sekarang kan musim tengkujuh.

62. MUNIF : Saya boleh tolong engkau tapi ... pada masa ini saya sangat sibuk.

63. SYUKUR : Tolonglah Munif ... kerja apa sahaja. Saya risau lihat emak dapatah lagi bila ingatkan bapa. Engkau kata tempoh hari awak boleh tolong saya.

64. MUNIF : Baiklah, saya tolong engkau. Awak tolong saya hantarkan suatu bungkusan kepada kawan saya yang tinggal di Kuala Belait itu. Upahnya lumayan jua.

65. SYUKUR : Apa barangnya itu, Munif?

66. MUNIF : (KETAWA) Ha...ha...jangan risau, itu hanya hadiahlah.

67. SYUKUR : Baiklah Munif, mana barangnya?

68. MUNIF : kejap ya... saya akan bawakan ke sini. (LANGKAH KAKI BERBUNYI MENJAUH SERTA TERDENGAR BUNYI ONET KERETA DITUTUP DAN LANGKAH KAKI MENDEKAT)

69. MUNIF : Nah... ini barangnya dan alamatnya. Berhati-hati mahal itu. Nanti saya beritahu kepada kawan saya yang engkau yang menghantar barang itu.

70. SYUKUR : Baiklah Munif, terima kasih.

71. SAYUP-SAYUP KEDENGARAN BUNYI SIREN POLIS SEMAKIN MENDEKAT.

72. MUZIK : MUZIK SELINGAN ( IMBAS MUKA )

73. ARAHAN : SYUKUR BERADA DI DALAM PENJARA DAN BERDOA

74. SYUKUR : (KHUSYUK BERDOA DAN MENANGIS TERSEDU-SEDU) Ya ... Allah ya tuhanku, ampunkan dosa-dosaku. Kalau ini suratan takdirku dan kematianku menyingkap rahsiaMu, aku redha ya Allah. Ya... Allah Kau tabahkan hatiku dan juga keluargaku menerima dugaanMu. Ampunkan dosa-dosa kami, Berikanlah aku dan keluargaku kekuatan dan
ketabahan daripada ujianMu. Sesungguhnya Engkau maha mengetahui. Amin-amin ya
Rabalal Amin.

75. MUZIK : MUZIK PENUTUP UP... UNDER ....

76. J/HEBAH : Para pendengar sekalian, begitulah tadi kita telah sama-sama mengikuti drama bertajuk: TERJEBAK karya ROSNANI HJ MOHD BAKIR. Drama tadi telah dijayakan oleh:
_________________________ sebagai Syukur
__________________________ sebagai Pak Sapar
__________________________ sebagai Zakiah
__________________________ sebagai Ah Wong
__________________________ sebagai Munif
Semoga drama itu tadi memberi ikhtibar kepada kita semua.

77. MUZIK : MUZIK PENUTUP UP ... UNDER ... FADE OUT.

peribahasa & makna 5

PERIBAHASA 5


1. Ada air adalah ikan (ppt):
Di mana ramai orang di situ ada rezeki
Ayat Contoh:
Ibu menasihati Asmah agar berkeyakinan bahawa ada air adalah ikan maka dia hendaklah terus berusaha bersungguh-sungguh.

2. Ada kerak ada nasi(ppt)
Setiap sesuatu kejadian mesti ada bekasnya/kesannya.
Ayat Contoh:
Kejadian kecurian di rumah ketua kampong semalam itu ibaratnya ada kerak ada nasi tiada siapa dapat menafikannya bahawa anak buahnya sendiri yang melakukannya.

3. Angkat bahu (sb)
i. Tidak mahu bertanggungjawab
ii. menyatakan tidak tahu atau peduli.
Ayat Contoh:
Ramli hanya angkat bahu apabila ditanyakan kenapa barang-barang di dalam bilik tidurnya bersepah-sepah.

4. Bagai cembul dapat tutupnya (pr)
i. Pertemuan antara dua orang yang berilmu
ii. Persetujuan yang sesuai benar
Ayat Contoh:
Apabila dua orang sarjana dari bidang yang berlainan sedang membahaskan topik itu bersama-sama, perbahasan itu menjadi menarik bagai cembul dapat tutupnya kerana kedua-dua sarjana itu dapat membahasakan topik itu dalam perspektif yang sama.


5. Bagai dihiris dengan sembilu (pr)
Hati yang terlalu sakit lagi pedih
Ayat Contoh:
Perbuatan Siti memutuskan pertunangannya hanya kerana lelaki yang baru dikenali
itu bagai dihiris dengan sembilu.

6. Bagai kelip-kelip terbang malam(pr)
Rahsia yang sudah diketahui orang
Ayat contoh:
Kisah perpisahan antara pasangan yang hangat bercinta bukan rahsia lagi kerana
rahsia itu bagai kelip-kelip terbang malam.



7. Bagai tikus membaiki labu(pr)
Seseorang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya
akhirnya merosakkannya.
Ayat Contoh:
Salman cuba cuba membaiki kereta mainan adiknya tetapi telah merosakkannya,
perbuatannya itu bagai tikus membaiki labu.

8. Bagai menelan mustika embun(pr)
Orang yang mendengar ajaran atau nasihat yang berharga
Ayat Contoh:
Semasa Farah berkunjung ke rumah neneknya, dia berasa sangat bertuah bagai menelan mustika embun kerana neneknya telah berkongsi pengalaman dan nasihat yang berguna.

9. Bangkai bernyawa (sb)
i. Orang yang terlalu kurus/ lemah longlai/berpenyakit
ii. Orang yang hidupnya tidak berguna
Ayat Contoh:
Kehidupan Harun bagai bagai bernyawa setelah semua harta musnah dan kaum
keluarganya meninggalkannya.

10. Bapa pergerakan (sb)
Orang yang mula-mula menaja sesuatu pergerakan
Ayat Contoh:
Pengiran Rosli merupakan bapa pergerakan bagi pasukan pengakap di kampungnya.

11. Berangin (pBr)
Pemikiran atau pendirian yang mudah berubah-ubah
Ayat Contoh:
Halif tidak berapa disukai oleh rakan-rakan sekerjanya kerana sering bersikap
berangin dalam membuat suatu keputusan.

12. Basar awa (sb)
Mempunyai keinginan dan hasrat yang besar.
Ayat Contoh:
Datuk menasihati cucunya yang baru sahaja menjawat jawatan baru itu agar jangan
basar awa dalam pekerjaannya, datuk mengingati agar sentiasa berunding sebelum
membuat sebarang keputusan yang penting.


13. Berpatah arang atau berkerat rotan (ppt)
Putus sudah hubungan atau sudah putus sama sekali
Ayat contoh:
Hubungan adik beradik itu bagai berpatah arang atau berkerat rotan, kerana sudah
hampir 20 tahun pun masih sahaja mempertahanankan keegoan mereka.

14. Biar putih tulang jangan berputih mata (ppt)
Daripada hidup menangung malu lebih baik mati
Ayat Contoh
Hj Yusof sanggup melepaskan jawatan penghulu mukim setelah dia mengetahui
anaknya terlibat dengan masalah vandelisme kerana dia berpendapat biar putih
tulang jangan berputih mata.

15. Caradik macam buratak nasi (pBr)
Percakapan yang tidak putus-putus.
Ayat contoh:
Adik Siti baru sahaja berusia enam tahun caradik macam buratak nasi tidak pernah
putus-putus bertanya apabila berjumpa dengan kakak.

16. Di padang orang berlari-lari, di padang sendiri berjengket-jengket(ppt)
Orang yang sangat kikir yang hanya suka atau menerima hak orang lain.
Ayat contoh:
Pak Kamal seorang yang sangat kedekut, malahan dia bersikap di padang orang
berlari-lari, di padang sendiri berjengket-jengket walaupun dia seorang yang kaya.

17. Gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar(ppt)
i. Orang yang miskin berbelanja seperti orang kaya.
ii. Orang yang meniru-niru lagak orang besar-besar.
Ayat Contoh:
Makcik Gayah seorang yang suka berlagak macam gajah berak besar, kancil pun
hendak berak besar menyebabkan suaminya marah kerana perbelanjaan harian
mereka tidak pernah mencukupi.

18. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah (ppt)
Kalau orang besar-besar bertelingkah orang lain yang mendapat susah.
Ayat Contoh:
Dua kuasa besar yang bertelagah itu itu menyebabkan ramai rakyat tidak berdosa
turut menerima kesan buruknya seperti gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di
tengah-tengah.


19. Gelombang hidup(sb)
Hal-ehwal yang berlaku dalam kehidupan manusia.
Ayat Contoh:
Pakcik Rafie begitu sabar dalam menerima gelombang hidupnya, akhirnya hidupnya
senang pada hari tua.

20. Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali (ppt)
Bagaimana banyak sekalipun harta seseorang akan habis dibelanja dengan boros
dan tiada usaha untuk menambahkannya.
Ayat Contoh:
Rahim sangat kecewa dengan sifat anaknya yang boros dalam berbelanja walaupun sudah berkali-kali dinasihati bahawa gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali jika dia tidak mengubah sifatnya agar berjimat-cermat dalam berbelanja.

21. Hendak menegak benang yang basah (ppt)
Melakukan kerja sia-sia.
Ayat Contoh:
Pakcik Ramlan masih lagi mempertahankan anaknya yang ternyata memang bersalah
tetapi sikapnya yang hendak menegak benang yang basah menyebabkan orang lain
berasa kecewa.

22. Hisap darah (sb)
Memberikan pinjaman wang dengan mengenakan kadar bunga yang terlampau
tinggi.
Ayat Contoh:
Kebanyakan Along yang beroperasi secara gelap ini meminjamkan wang secara hisap
darah dengan kadar bunga yang sangat tinggi.

23. Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk (ppt)
Orang yang tidak berlagak sombong walaupun banyak ilmu sebaliknya merendahkan diri.
Ayat Contoh:
Emak sering mengingati anak-anaknya agar sentiasa ikut resmi padi, makin berisi
makin tunduk dalam menjalani kehidupan harian agar sentiasa di sukai orang.


24. Inda majalis (pBr)
Sikap dan perbuatan yang janggal dalam suatu majlis
Ayat Contoh:
Kelakuan Abu dan rakan-rakannya ke majlis kesukuran yang diadakan oleh Pakcik
Salam inda majalis menyebabkan pakcik Salam menjadi berang.

25. Jinak-jinak merpati (sb)
Perempuan yang senang diperdaya sebenarnya tidak.
Ayat Contoh:
Gadis yang baru berpindah ke sekolah saya itu jinak-jinak merpati, kerana pelajar-
pelajar lelaki berhati-hati semasa mereka berbicara dengannya.

26. Kambang asang (pBr)
Ingin makan sesuatu
Ayat Contoh:
Sejak Halimah mengandung, dia berasa kambang asang ingin makan daging kijang.

27. Kalau baik buat teladan, kalau tak baik buat sempadan (ppt)
Kita hendaklah mengambil yang baik dan meningalkan kejahatan.
Ayat Contoh:
Nenek sering menasihati kami agar kalau baik buat teladan, kalau tak baik buat
sempadan dalam pergaulan seharian bersama-sama rakan-rakan.

28. Lada padi(pBr)
Seseorang yang bersaiz kecil tetapi mempunyai kebolehan atau kemahiran
tertentu.
Ayat Contoh:
Walaupun Anisah seorang yang seperti lada padi tetapi dia seorang yang mempunyai
kebolehan dalam berpidato yang baik.

29. Makan tidur (pBr)
Sangat malas dan tidak mahu melakukan apa-apa.
Ayat Contoh:
Ayah menjadi marah kepada Izul kerana makan tidur sahaja selepas sahaja menjalani
peperiksaan ‘O’ Level.


30. Masak puji (pBr)
Sangat gemar dipuji
Ayat Contoh:
Hafiz seorang yang berasa masak puji kerana dia menjadi sangat rajin apabila ada
orang yang memuji setipa perbuatan yang dilakukannya.


31. Memancung tinggi-tinggi, menebang rendah-rendah (ppt)
Ayat Contoh:
Diminta hukuman yang setinggi-tinggi tetapi dijatuhkan hukuman serendah-rendah
Tajuddin menyedari bahawa dia bersalah dan beranggapan hukuman yang akan dikenakan kepadanya sudah tentu berat sebaliknya dia hanya memancung tinggi- tinggi, menebang rendah-rendah.

32. Modal asing (sb)
Modal Luar negeri
Ayat Contoh:
Para pelabur tempatan sedang mencari model asing untuk menyuntik kewangan
mereka dalam bidang perhotelan mereka itu.

33. Muka berpandangan, budi kedapatan (ppt)
Orang yang tidak menghiraukan perbuatan jahatnya malah sikapnya seperti dahulu.
Ayat Contoh:
Rakan-rakannya tidak berapa kisah akan perbuatannya yang menyakitkan hati itu
kerana muka berpandangan, budi kedapatan.


34. Mulut disuap pisang, buntut, dikait onak (ppt)
Orang yang manis perkataannya tetapi jahat maksudnya.
Ayat Contoh:
Gadis peramah itu mempunyai hajat tersembunyi daripada tuturkatanya yang manis
seperti mulut disuap pisang, buntut dikait onak.

35. Naik tangga dari bawah (bd)
Menurut darjat/kedudukan masing-masing.
Ayat Contoh:
Semasa majlis adat istiadat, setiap orang dikehendaki naik tangga dari bawah dan
patuh dengan adat yang telah ditetapkan.

36. Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai (bd)
Jimat cermat adalah tangga kejayaan dan murah hati tangga tuah.
Ayat Contoh:
Dalam menggunakan perbelanjaan harian, kita sering dingati agar nak kaya berdikit-
dikit, nak ramai bertabur urai bagi kesempurnaan hidup.

37. Orang yang menunggu perigi itu masakan mati dahaga (ppt)
Orang yang berdekatan dengan orang yang berilmu lambatlaun berilmu jua
Ayat Contoh:
Orang bijaksana berpesan sekiranya kita pandai bergaul dengan orang yang bijak kita
pasti akan mengikut cara mereka kerana orang yang menunggu perigi itu masakan
mati dahaga.

38. Pandu laju mara dituju (kkh)
Memandu kenderaan hendaklah mematuhi peraturan.
Ayat Contoh:
Kempen-kempen keselamatan jalanraya sering mengingatkan pengguna jalanraya agar jangan pandu laju mara dituju.

39. Potong jalan (sb)
Merampas peluang orang lain
Ayat Contoh:
Kebanyakan orang yang pandai mengambil kesempatan akan potong jalan orang lain
untuk mencapai kepentingan sendiri.

40. Puah ati (pBr)
Tidak tabah menghadapi dugaan dan cabaran.
Ayat Contoh:
Sejak kematian isterinya dia seakan-akan puah ati dalam menghadapi kehidupan
hariannya.

41. Pulang paku (pBr)
Membalikkan cakap kepada orang yang bercakap besar, membalikkan semula kata-
kata terelpas dari mulut orang yang mengatakan.
Ayat Contoh:
Abu paling suka pulang paku kepada sesiapa sahaja yang suka bercakap besar kepadanya kerana dia bijak mengenal kelemahan orang sebegitu.

42. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna (bd)
Kita hendaklah berfikir masak-masak sebelum berbuat sesuatu agar tidak menyesal.
Ayat Contoh:
Ayah sering berpesan supaya sentiasa tekun dan sabar dalam belajar sekiranya ingin
berjaya kerana baginya sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

43. Seperti anak ayam kehilangan ibu (pr)
i. Rakyat yang berpecah belah kerana kehilangan pemimpin
ii. Orang yang hilang tempat bergantung.
Ayat Contoh:
Perceraian antara kedua ibubapa itu memberikan kesan besar kepada anak tunggal
mereka kerana dia berasa seperti anak ayam kehilangan ibu.

44. Seperti kijang lepas ke rimba (pr)
Orang yang pulang ke tempat asalnya
Ayat Contoh:
Setelah bertahun-tahun merantau di negara orang lain, akhirnya dia dapat balik jua ke
kampung halamannya, kegembirannya itu seperti kijang lepas ke rimba.

45. Seperti kuda lepas ke pingitan (pr)
Sangat seronok kerana bebas dari kongkongan
Ayat Contoh:
Penjenayah seumur hidup itu mendapat pengampunan akhirnya dia bebas seperti
kuda lepas ke pingitan.

46. Si kudung mendapat cincin (ppt)
Orang yang mendapat harta tetapi tidak dapat mengecapinya.
Ayat Contoh:
Hadiah kemenangan yang diperolehinya itu tidak bermakna baginya setelah dia tidak
dapat dinikmati bersama isteri dan anaknya ibaratnya Si kudung mendapat cincin.

47. Tahan hati (sb)
Cekal menanggung sesuatu penderitaan/kesusahan
Ayat Contoh:
Rafik seorang yang tahan hati dalam menghadapi dugaan hidupnya yang bertimpa-
timpa kepadanya.

48. Termakan budi (sb)
Menanggung pemberian orang.
Ayat Contoh:
Jalal yang termakan budi itu tidak dapat berbuat mengambil tindakan kepada
majikannya yang telah merosakkan hubungan dengan anaknya.

49. Ular lundung (pBr)
Orang yang malas, tidak mahu berusaha sendiri dan semata-mata
mengharapkan belas kasihan dari orang lain.
Ayat Contoh:
Pak Kassim seperti ular lundung tidak mahu bekerja, dia sentiasa mengharapkan
belas kasihan saudara mara sahaja.

peribahasa & makna 4

PERIBAHASA MA 4




1. Abu Nawas (sb) : Orang yang pandai tipu muslihat
Ayat contoh:
Walaupun Ali seperti Abu Nawas dapat melepaskan diri daripada masalah besar itu tetapi isterinya tidak
menyukai tindakannya itu.


2. Ada gula. adalah semut (pp) : Di mana ada rezeki di situ ramai orang
Ayat contoh:
Setelah pasaraya Giant dibuka rasmi, ramai remaja yang menganggur mendapat peluang pekerjaan di sana
kerana mereka berpendapat ada gula adalah semut.


3. Air pun ada pasang surutnya (ppt) :
Hidup penuh dengan dugaan dan cabaran, adakala senang dan adakalanya susah.
Ayat contoh:
Nenek berpesan hidup kita hendaklah sentiasa dalam kesederhanaan kerana dengan cara begitu kita mampu
menghadapi hidup yang seperti air ada pasang surutnya.


4. Amai tangan (pBr) : suka menjangkau-jangkau sesuatu tanpa tujuan.
Ayat contoh:
Emak memarahi adik yang amai tangan menyebabkan pasu itu pecah dan ibu terpaksa menggantikannya
dengan nilai yang tinggi.


5. Anak aku-akuan (pBr) : Anak yang diakui hanya pada nama sahaja tetapi bukan anak kandung.
Ayat contoh:
Makcik Lela suka mengaku anak buahnya sebagai anak aku-akuan ketika bersiar-siar bersama rakan-
rakannya.


6. Anak kapal (sb) : kelasi, petugas kapal atau paramugara & paramugari.
Ayat contoh:
Setelah tiga bulan berada di lautan anak kapal itu dibenarkan balik ke kampung halaman.

7. Ayam terlepas tangan bau tahi (ppt) :
Orang yang berbuat jahat kerana mencari keuntungan tetapi tidak berhasil dan akhirnya mendapat malu
semata-mata.
Ayat contoh:
Pelajar yang berjaya meniru dalam ujian itu seperti ayam terlepas tangan bau tahi setelah guru pengawas
berjaya mengesan perbuatannya.

8. Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing (ppt)
Orang yang tiada sepakat dan mementingkan diri sendiri.
Ayat contoh:
Masyarakat moden amat berbeza dengan masyarakat dahulu kerana kebanyakan mereka bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing dan tidak saling mengenali atau bantu membantu antara sama lain.


9. Bagai gembala diberi keris (pr) : pemberian yang tidak berfaedah.
Ayat contoh:
Datuk Shafiq tidak tahu bagaimana menggunakan komputer riba itu kerana dia buta komputer dan pemberian
itu bagai gembala diberi keris.

10. Bagai langau mengerumuni bangkai (pr) :
Suasana bising kerana ramai orang berkumpul.
Ayat contoh:
Suasana temasya sukaneka itu bagai langau dikerumi bangkai sehingga apabila ibu bercakap kepada saya,
saya tidak dapat mendengarnya dengan jelas.

11. Bagai si rabun memimpin si buta (pr) :
Meminta pertolongan kepada orang yang kurang upaya.
Ayat contoh:
Kehidupan Shikin serba susah itu tidak mungkin dapat membantu keluarga kakaknya kerana pertolongannya
itu bagai sirabun memimpin si buta.

12. Bagai anak sepat ketohoran (pr):
Orang yang menunjukkan kemalasan ketika berada di rumah orang, berbaring-baring atau bermalas-malas
di rumah orang.
Ayat contoh:
Pak Ismail meluat melihat gelagat anak muda jirannya yang bagai anak sepat etohoran dan tidak mahu mengisi
masa dengan prkara berfaedah.

13. Bakulut-kulut (pBr) : sentiasa berada di suatu tempat.
Ayat contoh:
Selepas menduduki peperiksaan ‘O’ Level, Salim hanya berkulut-kulut di rumah jirannya menghabiskan masa
di situ.

14. Bebasah karing (pBr) :
Bekerja dengan tidak mengenal penat dan tidak menghiraukan sebarang kesukaran yang dihadapi.
Ayat contoh:
Pak Hakim seorang petani yang gigih sanggup babasah bakaring demi memperolehi rezeki untuk kehidupan
sekeluarga.

15. Batu yang selalu bergolek di dalam sungai tiada dihinggapi lumut (bd):
i) Orang yang selalu bertukar pekerjaan tidak mendapat kesenangan
ii) Orang yang mendalami ilmu undang-undang tidak mudah terkena tipu.
Ayat contoh:
Peguambela itu tidak pernah berasa gentar dengan dakwaan terhadap anak guamnya oleh pendakwaraya itu
kerana dia bagai batu yang selalu bergolek di dalam sungai tiada dihinggapi lumut.

16. Bawa nasib (Sb) : pergi mencari penghidupan, membawa diri
Ayat contoh:
Selepas kekasihnya memutuskan hubungan dia telah merantau ke negara jiran bawa nasib.

17. Bekal hidup (Sb) : bekalan untuk hari tua; harta atau ilmu yang dikumpulkan untuk masa hadapan.
Ayat contoh:
Sejak di bangku sekolah lagi Sarah sudah menyimpan wang saku ke dalam bank untuk bekal hidup pada masa
depan.

18. Belum duduk sudah berlunjur (bd) : orang yang membuat pekerjaan belum sampai masanya.
Ayat contoh:
Sikap buruk Salmi yang suka terburu-buru dalam melakukan pekerjaan membuat dia menyesal dan teringat
pesanan ibunya sekiranya melakukan sesuatu itu seelok-eloknya jangan belum duduk sudah belunjur.

19. Bersaksi ke lutut (Sb) : mengambil saksi daripada ahli keluarga sendiri.
Ayat contoh:
Dalam perbicaraan di mahkamah itu, peguambela tidak mahu mengambil ahli keluarga anak guamnya sebagai
bersaksi ke lutut kerana dia yakin akan menerima kekalahan dalam kes tersebut.

20. Burung terbang dipipiskan lada (ppt) :
i) Orang yang bersedia untuk bersenang-senang barang sesuatu yang belum diperolehi.
ii) Suatu perolehan yang belum tentu dapat tetapi direka-reka kegunaannya & keuntungan.
Ayat contoh:
Ayah menyindir Abu yang seperti burung terbang dipipiskan lada kerana banyak sangat keinginan dan rancangan
yang ingin dilakukan tetapi dia tidak mempunyai sebarang kemahiran.


21. Cara gelep (sb) : melakukan sesuatu yang melanggar peraturan negara.
Ayat contoh:
Cakera padat yang diseludup secara gelap itu berjaya dibenteras oleh pihak berkuasa hasil daripada maklumat
orang ramai.


22. Cakap inda badinding-dinding (pBr) :
Percakapan yang bercakap tidak berlapik atau lancang atau terlalu terbuka.
Ayat contoh:
Ana selalu diketepikan oleh kawan-kawan sekolahnya kerana dia selalu cakap inda badinding-dinding.

23. Daripada berputih mata, eloklah berputih tulang (bd) :
Lebih baik mati daripada menanggung malu.
Ayat contoh:
Pak Samat menarik diri dari jawatan penghulu kampong kerana dia berasa daripada berputih mata, eloklah
berputih tulang.

24. Ditangkap buaya nampak riaknya, ditangkap malas tidak bertanda (ppt):
Seseorang yang pemalas akan diketahui jua sekiranya disuruh.
Ayat contoh:
Ali memberikan berbagai-bagai alasan apabila diberikan tugas mudah itu kepadanya kerana ditangkap buaya
nampak riaknya, ditangkap malas tidak bertanda.

25. Hidup kayu berbuah, hidup manusia biarlah berjasa (bd)
Kita hendaklah berbuat baik semasa masih hidup untuk diri kita dan masyarakat.
Ayat contoh:
Tok Imam menasihati anak buahnya supaya hidup kayu berbuah, hidup manusia biarlah berjasa supaya tidak
rugi pada masa hadapan.
26. Halwa telinga (sb) :Sesuatu yang menikmati pendengaran.
Ayat contoh:
Ketukan piano daripada pemain professional di lobi hotel itu menjadi halwa telinga para pengunjung yang
datang ke tempat itu.

27. Hilang adat, tegal muafakat(ppt) : adat lama itu boleh diubah sekiranya disepakti.
Ayat contoh:
Orang ramai dapat menerima perubahan-perubahan baru mengikut arus pemodenan asalkan hilang adat, tegal
muafakat.


28. Hilang dicari, terapung direnangi, terbenam diselami (bd)
i) Memeriksa dengan teliti , (ii) menolong orang dalam kesusahan.
Ayat contoh:
Juru audit itu sangat teliti memasukkan data-data itu ke dalam akuan seperti hilang dicari, terapung direnangi,
terbenam diselami agar dia tidak melakukan klsalahan seperti apa yang berlaku baru-baru ini.

29. Intan jika terbenam dalam perlimpahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya :
i) Orang yang berhati mulia akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat.
ii) Walaupun disembunyikan kebenaran akan ternyata juga.
Ayat contoh:
Mazlan dikatakan intan jika terbenam dalam perlimpahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya kerana
kebaikan dan sedekah yang dihulurkannya tetap dikenang orang walaupun dia miskin.

30. Intan salah canainya (serudi) :
Biar pun asalnya dari keturunan baik-baik, kalau berkelakuan buruk nescaya jahat dan hina jua.
Ayat contoh:
Walaupun jejaka itu seorang bangsawan tetapi kerana dia seorang yang suka berpelesiran setiap malam dia
diibaratkan sebagai intan salah canainya (serudi).


31. Jejak langkah (sb) : mencontohi perbuatan yang telah dibuat oleh orang lain.
Ayat contoh:
Mamat ingin mengikut jejak langkah abangnya yang belajar di luar negera dengan biasiswa kerjaaan.



32. Jika tidak pecahkan ruyung. masakan dapat sagunya (ppt):
Jika kita berkehendakkan sesuatu hendaklah berusaha terlebih dahulu.
Ayat contoh:
Amal tahu jika tidak pecahkan ruyung. masakan dapat sagunya maka dia berusaha dengan gigih untuk
mendapatkan segala yang dimahukan.

33. Kalang ati (pBr) :
Kurang selera makan dan minum kerana terkenang akan seseorang yang dikasihi.
Ayat contoh:
Apabila dia terkenang anak perempuan yang melanjutkan pelajaran di luar negeri, dia terasa kalang ati lebih-
lebih lagi anaknya tidak balik balik ber Hari raya bersamanya.

34. Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga (bd)
i) Kalau kebolehan dan kemahiran hanya sedikit jangan hendak melawan.
ii) Kalau modal kecil kita masih kecil, jangan bersaing dengan saudagar besar.
Ayat contoh:
Adik mempunyai impian hendak menyaingi Donald Trump dalam dunia perniagaan telah dinasihati oleh ayah
kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga

35. Kalau tidak ada berada, masakan tempua bersarang rendah(ppt):
Kalau sungguh tidak melakukan kesalahan takkan dituduh orang.
Ayat contoh:
Penglibatan Suhaimi dalam urusan penipuan itu tidak dapat diragui lagi kerana kalau tidak ada berada, masakan tempua bersarang rendah.

36. Kapir malaun (pBr) : Orang yang jahil tentang agama.
Ayat contoh:
Oleh kerana keluarga berpindah di luar negara begitu lama, pendirian agama mereka tidak teguh menjadikan
mereka kapir malaun.

37. Kuman di seberang laut nampak. gajah di bibir mata tak nampak (ppt):
Orang yang suka menegur kesalahan orang lain, kesalahan diri sendiri yang lebih besar tidak disedari.
Ayat contoh:
Mak Jah tidak disukai orang oleh orang kampung kerana sikap dan perbuatannya yang kuman di seberang laut
nampak, gajah di bibir mata tak nampak.



38. Lalu penjahit, lalu kelindan (ppt) :
i) Kalau lulus kehendak pertama, kehendak yang lain menurut sahaja
ii) orang yang tamak diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semua.
Ayat contoh:
Semasa mula-mula mendaftar di sekolah memandu itu, Azim berasa terlalu tertekan tetapi lalu penjahit, lalu
kelindan setelah beberapa kali mencuba memandu kereta, dia berasa begitu yakin


39. Langkah seribu (Sb) : berlari dalam ketakutan.
Ayat contoh:
Arif langkah seribu mendengar suara orang ketawa sewaktu melintasi kawasan tanah perkuburan lama di
simpang jalan kampungnya.


40. Macam menunggu sungai inda baulu (pBr):
Menunggu sesuatu yang tidak kunjung tiba.
Ayat contoh:
Halimah dinasihati oleh ayahnya agar melupakan sahaja suaminya yang curang itu dan janganlah dia macam
menunggu sungai inda baulu kerana perbuatannya itu hanya sia-sia.


41. Menanti nasi tersaji ke mulut (ppt) : Orang yang malas berusaha.
Ayat contoh:
Datuk berpesan kepada anak cucunya agar tidak mengharapkan bantuan orang lain seperti menanti nasi tersaji
ke mulut dalam mencari rezeki.

42. Menerima panjang tangan, menghulur jarang sekali (ppt):
Orang yang kedekut.
Ayat contoh:
Walaupun Pak Sahak orang yang kaya di kampungnya, tetapi dia bukanlah seorang yang suka bersedekah
atau menderma sebaliknya dia menerima panjang tangan, menghulur jarang sekali.


43. Panas setahun dihapus oleh hujan sehari (ppt) :
i) Kebaikan hilang kerana kejahatan sedikit.
ii) Penderitaan hidup yang hilang oleh rahmat yang mendatang.
Ayat contoh:
Penderitaan keluarga Halimah bagaikan panas setahun dihapus oleh hujan sehari apabila dia diberi bantuan
kemudahan perumahan dan pekerjaan dari pihak yang perihatin dengan nasib mereka sekeluarga.


44. Panas tangan (pBr) : Tidak dapat berjimat walaupun berpendapatan lumayan.
Ayat contoh:
Emak menegur Siti yang panas tangan dalam mengendalikan kewangannya sendiri walaupun dia
berpendapatan besar tetapi tidak pernah berkecukupan hingga hujung bulan.


45. Pasaran dunia (sb) : pasaran antarabangsa.
Ayat contoh:
Produk penjagaan kesihatan tempatan pada masa ini sudah mendapat tempat di pasaran dunia secara meluas.


46. Rajin dan usaha itu memudahkan kerja yang payah-payah (kkh):
Setiap usaha yang dilakukan dengan tekun pasti akan mudah dihadapi.
Ayat contoh:
Apabila rajin dan usaha itu memudahkan kerja yang payah-payah maka kakak sering berpesan kepada kami
agar melakukan pekerjaan dengan tekun dan bersungguh-sungguh.


47. Seperti anjing dengan kucing (pr) :
Orang yang tidak boleh bertemu pasti bergaduh.
Ayat contoh:
Abu dan Bua sering bertengkar seperti anjing dengan kucing hanya kerana perkara-perkara yang kecil dan
menyebabkan kakak sering memarahi mereka.


48. Seperti ikan kena tuba (pr) :
Orang yang mendapat kemalangan secara beramai-ramai dalam suatu tempat/kampung.
Ayat contoh:
Keadaan negeri Acheh selepas sahaja Tsunami melanda kawasan itu seperti ikan kena tuba.



49. Seperti katak di bawah tempurung (pr) :
Orang yang kurang pengetahuan atau dunia yang sempit.
Ayat contoh:
Guru kelas kami menasihati kami agar sentiasa meningkatkan pengetahuan am agar jangan seperti katak di
bawah tempurung.


50. Seperti lebah, mulut membawa madu, ekor membawa senget (pr)
Gadis yang mempunyai paras wajah yang cantik dan manis tutur katanya tetapi berperangai buruk.
Ayat contoh:
Gadis cantik dan berperawakan lembut yang tinggal di hujung kampong itu seperti lebah, mulut membawa
madu, ekor membawa senget sudah rosak kehidupannya