Khamis, 24 Januari 2008

Salam Perkenalan

Ini merupakan satu pengalaman baru yang menarik. Selama 2 hari saya telah menyertai Bengkel Superteaching yang didedikasikan oleh seorang penceramah yang terkenal dan berpengalaman luas Dr Syukri Abdullah bersama puteranya Fitri Sukri. Salah satu yang meransang saya dalam bengkel itu adalah penggunaan internet. Saya sememangnya selalu menggunakan internet untuk mendapatkan nota-nota pelajaran dan menghubungi adik-adik saya yang berada di Kota Kinabalu.

Selesai bengkel itu petang tadi, saya telah bertanya kepada Fatin anak gadis saya dan dia telah membantu saya membuat blog ini. Saya cuba mengamalkan apa yang diajarkan kepada saya perolehi daripada bengkel 2 hari itu. Terima kasih, Fitri.

Oleh kerana ini sekadar percubaan awal saya sahaja, saya hanya mencuba dan membuat seringkas dahulu. Insyaallah saya akan pergunakan penggunaan kemudahan ini untuk sembang-sembang, tukar-tukar fikiran dan berbincang-bincang kerana saya memang suka mempelajari sesuatu yang baru dan berkongsi pengalaman serta memanafaat perkhidmatan ini terutama dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar.